Band Members Kyoji Sky (kumpulan muzik)

Current Member


Lead Singer

JOY HILLAS

Joy Hillas berasal dari MUAR JOHOR DARUL   TAKZIM , Berumur 43 TAHUN. Dari umur 15 sudah   berminat dlm bidang nyanyian.. Mula mendengar lagu-  lagu rock kapak genre rock2 jiwang rock modern, glame   rock dan mula berlajar menyanyi dari umur 18thun. Pada   umur 23 tahun mula terlibat dalam nyanyian secara   serius. Joy hillas telah merakamkan sebuah single album   bersama the brotherhod band yg berjudul haruman untuk   rina... Dan juga telah menghasilkan single album secara solo lagu berjudul jangan kau ragu,  Dan kini telah bersama dengan Kumpulan Kyoji Sky sebagai vocalist yang poyooo lagi bertenaga.




Guitarist

Kyoji Sky

Kyoji Sky selaku Gitaris / komposer / kartunis / penerbit / Pengarah Muzik / Pelakon.

Bermula dengan muzik sejak berumur 15 tahun sebagai gitaris untuk bakat pelajar sekolah. Pernah menjadi pengiring kombo RTM Kota kinabalu Sabah selaku Flamenco gitar 1999.

2010 telah menghasilkan lagu tema Hujan Tak Berhenti PRTM. 2011 lagu Tema Fakir Hati PRTM. 2012 lagu tema Songkok Hitam PRTM. 2013 lagu tema Alamak Bakar PRTM. 2017 lagu tema Anak laut Cina Selatan

2018 lagu tema instrumental Sitkom Serba Serbi Servis. 2019 lagu tema instrumental Tongkat Langit ejen express. 2020 Animator Che Milah balik Raya. 2022 lagu tema KAYUH PRTM dan Sekarang fokus untuk KYOJI SKY BAND.



Guitarist

Noh Slash

Noh Slash berasal dari Lahad Datu Sabah, Berumur 31 tahun. Sejak dari umur 13 tahun sudah berminat mendengar lagu-lagu berkonsepkan Blues, Rock, Rock and Roll dan Hard Rock dan mula belajar untuk bermain gitar pada usia 14 tahun. Pernah mempunyai Band sendiri ketika diusia 20 tahun namun tidak bertahan lama kerana ahli group yang tidak ambil kisah tentang band tersebut. Selain itu pernah juga menyertai atau terjebak dalam arena busker dan membuat persembahan diserata tempat. Kini telah menyertai Kumpulan Kyoji Sky sebagai pemain Gitar berjiwa Rock And Roll.




Bassist

Wan Gegau

Tidak asing lagi pemilik nama WAN GEGAU atau nama sebenarnya Mohd Saffuan Bin Samsudin yang merupakan seorang Pelawak, Pelakon, Pengacara dan kini mempunyai bakat dalam bidang mencipta lagu serta bermain alat muzik.

Mengikut cerita asal sejak dari bangku sekolah lagi Wan Gegau telah terlibat dengan arena hiburan rock apabila dia mula menjebakkan diri dengan dunia muzik rock sebagai pemain gitar bass hingga pernah membuat persembahan diserata tempat bersama dengan beberapa kumpulan Rock D.I.Y. diantaranya CHROMES (2023 : Kini Aktif kembali setelah terkubur beberapa tahun yang lalu).

Sehingga kini beliau masih aktif bermuzika bersama kumpulan Kyoji Sky sebagai pemain gitar bass.



Drummer

Nabil

Muhammad Nabil, berasal dari sabak bernam selangor, Berumur 20 tahun. Dari umur 10 tahun sudah berminat dengan instrumen drum. Mula mendengar lagu-lagu kebanyakan dari genre black metal dan mula berlajar bermain drum sendiri di rumah.

Pada umur 13 tahun dia mula terlibat dalam industri muzik dan menjadi drummer sessionist. Nabil juga pernah terlibat dalam Roadshow bersama beberapa Produksi dan juga pernah menjadi Drummer kepada Band Dream Knight dan kini telah bersama dengan Kumpulan Kyoji Sky sebagai pemain drum.